Penglibatan dalam Politik Mohd Khairuddin Aman Razali

Parti PAS

Beliau mula dilihat aktif dalam PAS sebaik sahaja meninggalkan kerjaya dalam bidang pendidikan. Beliau aktif dalam Dewan Ulamak PAS dan pernah menjawat beberapa taklifan. Beliau pernah menjadi Bendahari Dewan Ulamak PAS Pusat pada penggal 2009-2011, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat (2011-2013) dan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (2013-2017). Selain itu, beliau juga telah menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sejak 2013 sehingga kini. Sebagai AJK PAS Pusat, beliau pernah memegang portfolio sebagai Pengerusi Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat (2013-kini), Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat (2015-2017) dan Pengarah Institut Strategi PAS Pusat (2013 – sekarang). Beliau turut dipilih mengganggotai Majlis Syura Ulamak PAS sejak 2013.

Pilihan raya

Beliau merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Terengganu bertanding di atas tiket PAS sejak tahun 2013.

Keputusan pilihan raya

Kerusi Yang Ditandingi oleh Mohd Khairuddin Aman Razali
TahunKawasanIndividuUndiLawanUndiPeratusan MengundiMajoriti
2013Parlimen Kuala NerusMohd Khairuddin Aman Razali (PAS)33,861Mohd Nasir Ibrahim Fikri (BN-UMNO)33,25189.20%610
2018Parlimen Kuala NerusMohd Khairuddin Aman Razali (PAS)37,974Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad (BN-UMNO)14,9018447
Abdullah Mohamed (PH - Amanah)4,604

Kerajaan Negeri

Sebaik sahaja berakhir Pilihan raya umum Malaysia 2018, Negeri Terengganu telah ditadbir oleh PAS. Beliau telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Terengganu menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah bagi 4 syarikat milik kerajaan negeri bermula 2018, iaitu Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Darul Iman Training Center (DITC), Paya Bunga Hotel, dan Duyong Marina & Resort. Terdahulu, beliau telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebagai Panel Penasihat Ekonomi Kerajaan Kelantan sejak 2014.

Kerajaan Persekutuan

Beliau telah dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia dalam barisan Kabinet Malaysia 2020 pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.